École du Louvre

École du Louvre adalah sebuah institusi pengajian tinggi dan Grande École Perancis terletak di Aile de Flore Musée du Louvre di Paris, Perancis. Ia didedikasikan pada pengajian arkeologi, sejarah seni, antropologi and epigrafi.Kemasukan berasaskan pada peperiksaan kemasukan bersaing selepas sekolah menengah (lycée), walaupun calon juga dapat memohon masuk selepas dua atau tiga tahun pengajian universiti dalam mata pelajaran sejarah, klasik, sastera, geografi, falsafah dan seni[1]. Sekolah ini menyediakan program ijazah, ijazah sarjana tinggi/sarjana dan program kedoktoran selain juga kelas persediaan untuk peperiksaan kemasukan perkhidmatan awam[2].